Monday, November 1, 2010

Hari Hutan Media Prima Bhd




Pada 13 Jun 2009, Kami sekeluarga menyibuk di Hari Hutan yang dianjurkan oleh Media Prima di area Bukit Kiara. Ada beberapa akvitivi yang dijalankan. Ika masuk pertandingan mewarna. Oleh kerana tiada saingan, dia dapat 1st prize. Hadiah disampaikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi & Tun Jeanne. OK gak, sekali sekala join aktiviti riadah macam ni. Malam tu, tidur di Legend Hotel, The Mall sebab menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk K, Anisa.

CKC Ke Pulau Perhentian
















Pada 3 - 7 Jun 2009, geng2 CKC sekali lagi memanjangkan kaki, kali ini ke Pantai Timur pula iaitu ke Pulau Perhentian. Selepas dua bulan plan, maka pada 3hb tepat jam 12 malam, 9 kereta (Ayi, Sheli + Arda&Cika, Diana, Abg Midi, Azri + Adik&Mak Musalmah, Fendi, Abg Amran + adik ipar, Zali + Meor, Fazlee) menderu ke LPT untuk menyampai ke destinasi pertama, KT (Nak breakfast nasi dagang + kepok lekor). Jam 2 pg, sempat berenti minum kat apatah nama tempat.

Tepat jam 11 pg, semua peserta selamat sampai ke Everfresh (yang tak berapa nak Fresh) Resort kat Perhentian Kecil. OKlah... tp banyak nyamuk. Yg penting, makan OK dan ada pantai. Sepanjang hari, kegiatan budak2 ialah mandi, main pasir, mandi, main pasir. Manakala kegiatan dewasa ialah makan, snorkel, makan, mencandat soton, makan, main frisbee, makan, game WWTK (seperti biasa, arda kalah lagi).

Namun kali ni, pengalaman mencandat tak berapa nak menarik sebab, geng2 yang pi mencandat terpaksa meranduk batu karang sejauh 200 meter untuk menaiki bot sb air surut menyukarkan bot kecik nak menghantar mereka ke bot besar. Asik terlanggar batu karang aje. Then masa balik pun sama, dah lah ramai, flat... bot pulak stop kat spot sama. Jam 3 pagi, kami terpaksa mengejutkan binik tokey resort untuk suruh anak sedara tokey mengambil peserta mencandat. Fuh! tengok dia bawa bot kecil, kemain payah sb air masih surut... namun alhamdulillah semuanya selamat sampai. Dan kenduri sotonglah kami subuh sepie tu jugak.

Di KT, kami juga sempat singgah Pasar Payang dengan menaiki bot penambang Pak Hamid (Beghak! Beghak!)... dan juga Losong serta Masjid Kristal.

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik dipermudahkan olehNYA.

CKC Ke Cameron Highlands






Pada 8 Mac 2009, geng2 Cak Kun Cak telah mengadakan outing ke The Lost World of Tambun, Ipoh dan bermalam di Cameron Highland. Selepas mandi-manda sakan di Lost World, 7 biji kereta (Ayi, Abg Midi, Fendi, Zali + Mi Amat & Meor, Fazlee, Sheli + Arda & Cika, Abg Amran) bergegas ke Cameron dan menginap di Pangsapuri Arabella. Di Cameron, kesejukan malam di redah untuk menikmati juadah di pasar malam Berinchang. Dan seperti biasa sebelum tidur, Arda tewas lagi (Game WWTK). Keesokan harinya Isnin adalah Cuti Umum Maulidur Rasul. Beberapa lokasi menarik di Cameron disinggahi geng2 kecoh ini. Namun, sesampainya ke destinasi membeli-belah di KEA Farm, hujan pun turun dengan lebatnya. Jadi, selepas sempat membeli sedikit barang yang memenuhkan bonet kereta, CKC pun bergerak balik ke tempat asal masing2.

Sunday, February 22, 2009

Mandi-manda di Tiara Beach Resort PD











Pada Sabtunya, 24hb Januari, kami sekeluarga, disertai oleh keluarga Suriya dan Din dari Melaka serta keluarga Azmi Abu Kassim (Abang Zai) dari Pasir Gudang, Johor menginap dua hari semalam di Tiara Beach Resort, PD. Paling happy, biasalah budak-budak terutamanya Ika apabila bertemu buku dan ruasnya. Kimi, Maisara, Luqman, Nana, Aliya, Arfan, Enol dan Wawa semuanya berkesempatan berendam di kolam buatan manusia terbesar di Malaysia itu. Mak Paknya turut join sekali. Mak Lang pula jadi pemerhati. Bergumbira sakanlah mereka.

@Seremban 2

Pada 25 Januari lalu, kami sekeluarga berkesempatan beriadah di Taman Tasik Seremban Dua. Lokasi ini amat strategik terutama bagi famili yang gemar bermain layang-layang, berehat tepi tasik sambil memberi ikan makan serta membawa anak-anak beriadah di taman permainan.

Pada hari itu, cuaca "just nice", redup dan berangin. Selain kami sekeluarga, family adik Zai dari Melaka iaitu Suria, Din, Kimi, Maisara & Luqman turut serta (selepas bermandi-manda dua hari semalam di Tiara Beach Resort, PD pada sabtunya).

Kepada anda yang masih belum sampai lagi ke Taman Tasik Seremban 2, silalah berkunjung ke sana. Tak rugi!

















Tuesday, February 17, 2009

Bersama Pemimpin & selebriti
















Bertugas di TV3, lebih-lebih lagi di Jabatan Berita memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara, juga selebriti-selebriti popular tanahair. Kebanyakan mereka ditemui semasa tugasan. Namun ada juga dikalangan selebriti ditemui semasa aktiviti riadah seperti Fiesta Media Idola, Treasure Hunt serta Bowling Media. Saya berkesempatan bergambar bersama Pak Lah semasa sesi rakaman program "Bersemuka PM" (2007), bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah pula sewaktu program The Exchange (2006). Bersama Siti Nurhaliza ialah ketika mewakili TV3 ke acara Fiesta Media Idola di Kuantan (2005), sementara foto bersama Awie ialah sewaktu menyertai acara Explore Hunt MAB di Langkawi (2007).

Monday, February 16, 2009

Ika di Pertandingan Busana Islam 2008
















Ika berkesempatan memasuki pertandingan Fesyen Busana Islam 2008 bertempat di Dewan MPS. Walaupun tidak memenangi hadiah, namun dia berbangga kerana menduduki 10 tempat terbaik daripada 60 penyertaan. Baju kebaya yang dipakainya, didatangkan khas dari Bali, Indonesia he he