Tuesday, February 17, 2009

Bersama Pemimpin & selebriti
















Bertugas di TV3, lebih-lebih lagi di Jabatan Berita memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara, juga selebriti-selebriti popular tanahair. Kebanyakan mereka ditemui semasa tugasan. Namun ada juga dikalangan selebriti ditemui semasa aktiviti riadah seperti Fiesta Media Idola, Treasure Hunt serta Bowling Media. Saya berkesempatan bergambar bersama Pak Lah semasa sesi rakaman program "Bersemuka PM" (2007), bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah pula sewaktu program The Exchange (2006). Bersama Siti Nurhaliza ialah ketika mewakili TV3 ke acara Fiesta Media Idola di Kuantan (2005), sementara foto bersama Awie ialah sewaktu menyertai acara Explore Hunt MAB di Langkawi (2007).

No comments:

Post a Comment