Sunday, February 22, 2009

Mandi-manda di Tiara Beach Resort PD











Pada Sabtunya, 24hb Januari, kami sekeluarga, disertai oleh keluarga Suriya dan Din dari Melaka serta keluarga Azmi Abu Kassim (Abang Zai) dari Pasir Gudang, Johor menginap dua hari semalam di Tiara Beach Resort, PD. Paling happy, biasalah budak-budak terutamanya Ika apabila bertemu buku dan ruasnya. Kimi, Maisara, Luqman, Nana, Aliya, Arfan, Enol dan Wawa semuanya berkesempatan berendam di kolam buatan manusia terbesar di Malaysia itu. Mak Paknya turut join sekali. Mak Lang pula jadi pemerhati. Bergumbira sakanlah mereka.

@Seremban 2

Pada 25 Januari lalu, kami sekeluarga berkesempatan beriadah di Taman Tasik Seremban Dua. Lokasi ini amat strategik terutama bagi famili yang gemar bermain layang-layang, berehat tepi tasik sambil memberi ikan makan serta membawa anak-anak beriadah di taman permainan.

Pada hari itu, cuaca "just nice", redup dan berangin. Selain kami sekeluarga, family adik Zai dari Melaka iaitu Suria, Din, Kimi, Maisara & Luqman turut serta (selepas bermandi-manda dua hari semalam di Tiara Beach Resort, PD pada sabtunya).

Kepada anda yang masih belum sampai lagi ke Taman Tasik Seremban 2, silalah berkunjung ke sana. Tak rugi!

















Tuesday, February 17, 2009

Bersama Pemimpin & selebriti
















Bertugas di TV3, lebih-lebih lagi di Jabatan Berita memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara, juga selebriti-selebriti popular tanahair. Kebanyakan mereka ditemui semasa tugasan. Namun ada juga dikalangan selebriti ditemui semasa aktiviti riadah seperti Fiesta Media Idola, Treasure Hunt serta Bowling Media. Saya berkesempatan bergambar bersama Pak Lah semasa sesi rakaman program "Bersemuka PM" (2007), bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah pula sewaktu program The Exchange (2006). Bersama Siti Nurhaliza ialah ketika mewakili TV3 ke acara Fiesta Media Idola di Kuantan (2005), sementara foto bersama Awie ialah sewaktu menyertai acara Explore Hunt MAB di Langkawi (2007).

Monday, February 16, 2009

Ika di Pertandingan Busana Islam 2008
















Ika berkesempatan memasuki pertandingan Fesyen Busana Islam 2008 bertempat di Dewan MPS. Walaupun tidak memenangi hadiah, namun dia berbangga kerana menduduki 10 tempat terbaik daripada 60 penyertaan. Baju kebaya yang dipakainya, didatangkan khas dari Bali, Indonesia he he

Sunday, February 8, 2009

Pertama Kali di BLOG


Hari ini 8 Feb 2009, kami buat pertama kali memulakan blog kami sendiri iaitu BLOG AZAIREENA. Kepada rakan-rakan yang mengenali kami, anda dialu-alukan berinteraksi serta meninggalkan secubit pendapat kalian di blog ini. Sama-sama kita memakmurkan blog ini. Sekian.