Pada 8 Mac 2009, geng2 Cak Kun Cak telah mengadakan outing ke The Lost World of Tambun, Ipoh dan bermalam di Cameron Highland. Selepas mandi-manda sakan di Lost World, 7 biji kereta (Ayi, Abg Midi, Fendi, Zali + Mi Amat & Meor, Fazlee, Sheli + Arda & Cika, Abg Amran) bergegas ke Cameron dan menginap di Pangsapuri Arabella. Di Cameron, kesejukan malam di redah untuk menikmati juadah di pasar malam Berinchang. Dan seperti biasa sebelum tidur, Arda tewas lagi (Game WWTK). Keesokan harinya Isnin adalah Cuti Umum Maulidur Rasul. Beberapa lokasi menarik di Cameron disinggahi geng2 kecoh ini. Namun, sesampainya ke destinasi membeli-belah di KEA Farm, hujan pun turun dengan lebatnya. Jadi, selepas sempat membeli sedikit barang yang memenuhkan bonet kereta, CKC pun bergerak balik ke tempat asal masing2.
No comments:
Post a Comment